Ahad, 27 Mac 2011

Mari Belajar Bahasa Arab ( اسماء الإشارة )

اِسْم اِشـَا رَة Ism Isyarah (Kata Tunjuk)

Ism isyarah boleh dibahagikan kepada dua iaitu Kata Tunjuk Dekat dan Kata Tunjuk Jauh. Namun, perlu perhatian pembaca sekalian, bahawa terdapat perbezaan penggunaan untuk menunjukkan objek yang berakal seperti manusia dan malaikat serta objek tidak berakal seperti haiwan dan benda dalam keadaan jama’.

اِسْم اِشَا رَة لـِلـْبَعـِيْد Ism isyarah lil ba’id ( Kata Tunjuk Jauh )

1.ذَلـِك (zalika) = itu ( muzakkar mufrad yang berakal dan tidak berakal )

Contoh : ذَلـِكَ بَيْت ( zaalika baitun ) = itu rumah

ذَلـِكَ طـَا لـِب ( zaalika thoolibun ) = itu pelajar lelaki.

2. تـِلـْك ( tilka ) = itu ( muannas mufradah yang berakal dan tidak berakal )

Contoh : تـِلـْكَ جَا مِعَة ( tilka jaami’atun ) = itu universiti.

 تـِلـْكَ طـَا لـِبَة ( tilka thoolibatun ) = itu pelajar perempuan.

3. ذَ انـِك ( zaanika ) = itu ( muzakkar muthanna yang berakal dan tidak berakal )

Contoh :ذ َانـِكَ بَـيـْتـَا ن ( zaanika baitaani ) = itu dua rumah.

 ذ َانـِكَ  طـَا لـِبـَا ن ( zaanika thoolibani ) = itu dua pelajar lelaki.

4.تـَانـِك (taanika ) = itu ( muannas muthanna yang berakal dan tidak berakal )

Contoh : تـا نـِكَ جـَا مِعَتـَان ( taanika jami’ataani ) = itu dua universiti.

 تـَا نـِكَ طـَا لـِبـَتـَا ن = ( taanika thoolibataani ) = itu dua pelajar perempuan.

Kes Jama’ 


5.  تـِلـْك ( tilka ) = itu ( muzakkar/muannas jama’ yang tidak berakal )

Contoh :  تـِلـْك بـُيـُوت ( tilka buyuutun ) = itu rumah-rumah.

تـِلـْكَ جـَا مِعـَا ت ( tilka jami’atun ) – = itu universiti-universiti.

# Dengan ini, تـلـك tilka boleh digunakan untuk muannas mufradah yang berakal dan tidak berakal, muzakkar jama’ tidak berakal dan muannas jama’ tidak berakal.

6.  اُوْ لـَئــِك ( ula-ika ) = itu ( muzakkar/muannas jama’ yang berakal )

Contoh :  ٌاُوْ لَـئـِكَ طـُلاَّب ( ula-ika tullabun ) = itu pelajar-pelajar lelaki.

اُوْ لـَئـِكَ طـَا لـِبـَا ت ( ula-ika thoolibaatun ) = itu pelajar-pelajar perempuan.

# Jamak untuk طـا لب thoolib bukanlah طـا لبـون thoolibuun tetapi طـلاّ ب thullab. Begitu juga بـيـت bait. Ini adalah kes khas yang dipanggil jama’ taksir. Insya Allah akan dibincang pada masa-masa akan datang.

Contoh Penggunaan Dalam Al-Quran.

 





( Mereka ) ITUlah yang mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan ( mereka )ITUlah orang-orang yang 
beruntung. (a-Baqarah : 5 )

ITUlah umat yang telah lalu. Baginya apa yang telah mereka usahakan dan bagimu apa yang telah kamu usahakan… (al-Baqarah : 134 )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan