Allah SWT berfirman dalam surah ar-Rum ayat 30 yang bermaksud: “(Tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebahagian besar manusia tidak mengetahui.”
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah : “Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”
Sebenarnya, setiap manusia yang lahir ke dunia dalam keadaan suci bersih dan yang membentuknya menjadi baik atau buruk adalah kedua ibu bapanya sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Allah SWT berfirman dalam surah ar-Rum ayat 30 yang bermaksud: “(Tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebahagian besar manusia tidak mengetahui.”
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah : “Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud, “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya yang menjadikannya seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”
Sebenarnya, setiap manusia yang lahir ke dunia dalam keadaan suci bersih dan yang membentuknya menjadi baik atau buruk adalah kedua ibu bapanya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Namun, sebelum mahu membentuk anak menjadi salih, ibu atau bapa hendaklah berusaha menjadi ibu yang salihah dan bapa yang salih.
Justeru, pertama, perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan.
Kedua, banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.
Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, innaka sami’ud du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.”
Ketiga, suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar. Ini disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.
Keempat, jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik sebagai mana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati (Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah)…”
Kelima, banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya.
Selasa, 29 Mac 2011
Tanda-Tanda Besar Kiamat
Berikutan kejadian gempa bumi yang seringkali terjadi akhir-akhir ini hati saya terdetik untuk menulis tentang 10 tanda-tanda besar kiamat. Mungkin ada antara pembaca merasakan gegaran kecil baru-baru ini. Adakah ia petanda atau amaran dari Allah? Sama-sama kita hayati dan berfikir.
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. Dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”.
Lalu Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – Hadis Riwayat Muslim
Saya permudahkan tentang 10 tanda-tanda kiamat besar ini.
1. Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
3. Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
5. Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
7. Gempa bumi di Timur.
8. Gempa bumi di Barat.
9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
10. Api besar yang akan keluar dari Yaman.

Ahad, 27 Mac 2011
"Pepatah Arab"
أكذب (akzab) : lebih bohong
من (min) : dari
مسيلمة (Musailamah)
PENERANGAN
Dalam sejarah Islam, Musailamah terkenal sebagai pembohong besar bila dia mengaku menerima wahyu dan menjadi Rasul. Oleh kerana bohongnya yang tidak ada tolak bandingnya, dia telah tercatit dalam sejarah dan juga dalam kata bidalan Arab hingga ke hari ini. Bila ada di kalangan kita yang suka berbohong, kita kata dia macam Musailamah. Dan kalau hendak sedap lagi, katakan أكذب من مسيلمة, lebih teruk dari Musailamah !
الظفر (az-zofar) : menang
على (ala) : keatas
الضعيف (adh-dhaif) : yang lemah
هزيمة (hazimah) : satu kekalahan
PENERANGAN
Tidak dikira kita menang kalau orang yang kita tewaskan itu ialah orang yang memang lemah dan tidak berupaya melawan. Atau dengan kata lain orang yang kita kalahkan itu tidak setanding dengan kita. Kemenangan berlaku bila kita bersaing dengan orang sama taraf dan keupayaaan dengan kita. Kalau tidak, kemenangan kita dianggap tadi boleh dianggap satu kekalahan.

Mari Belajar Bahasa Arab ( اسماء الإستفهام )
بـسم الله الرحمن الرحيم
اِسْم اِسْـتِـفـْهَـا م Ism istifham ( Kata tanya )1.مَـنْ / مَـنْ ذَا man/ man zaa = siapa ( menanyakan benda yang berakal )
2. مَـا / مـَا ذَا maa/maazaa = apa ( menanyakan benda yang tidak berakal )
3. مـَتـَى mataa = bila ( menanyakan waktu )
4.اَيـَّا ن ayyaana = bila ( menanyakan waktu untuk perkara yang besar )
5.لـِمـَا ذَا limaza = kenapa ( menanyakan sebab )
6. اَيـْن aina = di mana ( menanyakan tempat )
7. اَنـَّى annaa = bagaimana, juga kadang-kadang bermaksud bila.
8. كـَيـْف kaifa = bagaimana ( menanyakan cara )
9. كـَم kam = berapa ( menanyakan bilangan atau harga )
10. اَي ayyu = meminta penjelasan atau menanyakan pilihan
11.اَ a = adakah ( meminta kepastian )
12.هـَل hal = adakah ( meminta kepastian )
* اَ dan هـَل bukanlah golongan ism tetapi tergolong dalam harf ( rujuk siri 1 ), tetapi kedua-duanya merupakan kata tanya, dimasukkan sekali.
Contoh Penggunaan dalam Quran.
BARANG SIAPA meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan menggandakannya baginya, dan baginya juga ganjaran yang mulia. ( al-Hadid : 11 )
Mereka menanyakanmu ( Muhammad ) tentang Hari Kiamat,”BILAKAH terjadi?”. Katakanlah, “Sesungguhnya pengetahuan tentangnya itu ada pada Tuhanku, tidak ada yang dapat menjelaskan waktu terjadinya selain Dia”… (al-A’raaf : 187 )
…Mereka ditimpa kemelaratan , penderitaan dan digoncang ( dengan pelbagai cubaan ) sehinggaRasul dan orang-orang yang beiman bersamanya berkata,”BILAKAH pertolongan Allah?” Sesungguhnya peringatan Allah itu dekat. (al-Baqarah : 214 )
ADAKAH kau telah melihat orang yang mendustakan agama ( al-Ma’un : 1 )
Mari Belajar Bahasa Arab ( اسماء الإشارة )
اِسْم اِشـَا رَة Ism Isyarah (Kata Tunjuk)
Ism isyarah boleh dibahagikan kepada dua iaitu Kata Tunjuk Dekat dan Kata Tunjuk Jauh. Namun, perlu perhatian pembaca sekalian, bahawa terdapat perbezaan penggunaan untuk menunjukkan objek yang berakal seperti manusia dan malaikat serta objek tidak berakal seperti haiwan dan benda dalam keadaan jama’.
اِسْم اِشَا رَة لـِلـْبَعـِيْد Ism isyarah lil ba’id ( Kata Tunjuk Jauh )
1.ذَلـِك (zalika) = itu ( muzakkar mufrad yang berakal dan tidak berakal )
Contoh : ذَلـِكَ بَيْت ( zaalika baitun ) = itu rumah
ذَلـِكَ طـَا لـِب ( zaalika thoolibun ) = itu pelajar lelaki.
2. تـِلـْك ( tilka ) = itu ( muannas mufradah yang berakal dan tidak berakal )
Contoh : تـِلـْكَ جَا مِعَة ( tilka jaami’atun ) = itu universiti.
تـِلـْكَ طـَا لـِبَة ( tilka thoolibatun ) = itu pelajar perempuan.
3. ذَ انـِك ( zaanika ) = itu ( muzakkar muthanna yang berakal dan tidak berakal )
Contoh :ذ َانـِكَ بَـيـْتـَا ن ( zaanika baitaani ) = itu dua rumah.
ذ َانـِكَ طـَا لـِبـَا ن ( zaanika thoolibani ) = itu dua pelajar lelaki.
4.تـَانـِك (taanika ) = itu ( muannas muthanna yang berakal dan tidak berakal )
Contoh : تـا نـِكَ جـَا مِعَتـَان ( taanika jami’ataani ) = itu dua universiti.
تـَا نـِكَ طـَا لـِبـَتـَا ن = ( taanika thoolibataani ) = itu dua pelajar perempuan.
Kes Jama’
5. تـِلـْك ( tilka ) = itu ( muzakkar/muannas jama’ yang tidak berakal )
Contoh : تـِلـْك بـُيـُوت ( tilka buyuutun ) = itu rumah-rumah.
تـِلـْكَ جـَا مِعـَا ت ( tilka jami’atun ) – = itu universiti-universiti.
6. اُوْ لـَئــِك ( ula-ika ) = itu ( muzakkar/muannas jama’ yang berakal )
Contoh : ٌاُوْ لَـئـِكَ طـُلاَّب ( ula-ika tullabun ) = itu pelajar-pelajar lelaki.
اُوْ لـَئـِكَ طـَا لـِبـَا ت ( ula-ika thoolibaatun ) = itu pelajar-pelajar perempuan.
Contoh Penggunaan Dalam Al-Quran.

# Dengan ini, تـلـك tilka boleh digunakan untuk muannas mufradah yang berakal dan tidak berakal, muzakkar jama’ tidak berakal dan muannas jama’ tidak berakal.
6. اُوْ لـَئــِك ( ula-ika ) = itu ( muzakkar/muannas jama’ yang berakal )
Contoh : ٌاُوْ لَـئـِكَ طـُلاَّب ( ula-ika tullabun ) = itu pelajar-pelajar lelaki.
اُوْ لـَئـِكَ طـَا لـِبـَا ت ( ula-ika thoolibaatun ) = itu pelajar-pelajar perempuan.
# Jamak untuk طـا لب thoolib bukanlah طـا لبـون thoolibuun tetapi طـلاّ ب thullab. Begitu juga بـيـت bait. Ini adalah kes khas yang dipanggil jama’ taksir. Insya Allah akan dibincang pada masa-masa akan datang.
Contoh Penggunaan Dalam Al-Quran.
( Mereka ) ITUlah yang mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan ( mereka )ITUlah orang-orang yang
beruntung. (a-Baqarah : 5 )
beruntung. (a-Baqarah : 5 )
ITUlah umat yang telah lalu. Baginya apa yang telah mereka usahakan dan bagimu apa yang telah kamu usahakan… (al-Baqarah : 134 )
Isnin, 21 Mac 2011
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Mukim, Kampung Permatang
Assalamualaikum w.b.t. Syukur ke hadrat ilahi, Majlis Tilawah Al-Quran peringkat mukim telah berjaya dilaksanakan pada 20/03/2011 di Masjid kampung Permatang, Kuala Selangor. Namun dari segi penyertaan masih mengecewakan. Setiap tahun penyertaan bagi kategori lelaki selalunya mengecewakan. Sukar untuk mencari bakat yang terpendam dikalangan pemuda masa kini. Mudah-mudahan diperingkat akan datang program seperti ini dapat menonjolkan bakat-bakat muda terutamanya bagi memartabatkan Al-Quran sebagai panduan kepada umat Islam. InsyaAllah.
Rabu, 16 Mac 2011
Tips Motivasi - 3 Perkara Perlu Digabung Jika Mahu Komited Ke Arah Kejayaan
Usaha ke arah kejayaan adalah komitmen gabungan 3 perkara. Ketiga-tiga perkara ini adalah seperti berikut:
1. Hati.
2. Minda.
3. Tindakan.
Ketiga-tiganya kenalah baik, kenalah positif, kenalah digabung sekata. Andai kata hati dan minda positif tapi tindakan negatif, kesannya akan jadi negatif. Andai kata hati, minda dan tindakan jadi positif, kesannya jadi positif. Ketiga-tiga perkara ni perlu positif, barulah Anda akan merasai impaknya.
Melalui gabungan hati, minda dan tindakan positif, Anda akan dapat mencapai apa jua kecemerlangan dalam apa jua usaha Anda. Sebab? Perkara-perkara positif menaikkan Anda, perkara-perkara negatif menjatuhkan Anda. Lihatkah orang-orang berfikiran negatif, mereka tak mencapai banyak kemajuan. Lihat pada orang-orang berfikiran positif, mereka dapat mencapai kemajuan.
Hati adalah aspek diri yang paling senang untuk dipengaruhi, iaitu sama ada ada dipengaruhi oleh bisikan-bisikan positif atau bisikan-bisikan negatif. Ketika Anda berbuat sesuatu, bisikkan kata-kata positif dalam hati supaya Anda bersemangat, supaya tindakan Anda dan minda Anda jadi positif. Contoh bisikan-bisikan positif adalah seperti berikut:
1. “Aku mahu bersemangat hari ini”.
2. “Aku mahu buat yang terbaik hari ini”.
3. “Aku percaya aku boleh buat. I CAN DO it!”.
4. “Jika dia boleh, aku pun boleh!”.
5. “Aku boleh buat benda ni, aku cuma kena belajar cemana nak buat. Aku optimis aku boleh buat!”
6. “Aku boleh, aku boleh, aku boleh!”.
Down macam mana pun emosi Anda, berusahalah positifkan diri. Masukkan bisikan-bisikan positif seperti di atas supaya Anda dapat mengawal emosi lalu merubahnya jadi positif.
Laungkan dalam hati salah satu daripada bisikan-bisikan di atas untuk meniupkan inspirasi ke sanubari Anda. Apa yang ada di hati akan naik ke minda. Apa yang ada di minda Anda, itulah yang akan mempengaruhi perbuatan Anda.
Be strong!

Selasa, 15 Mac 2011
Kenali Nabi Muhammad S.A.W.
Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan kita, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama.Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Diantara kata-kata appresiasi para sahabat ialah:
- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya. Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
- Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.
- Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.
- Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.
- Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya..
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.
- Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sehat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.
- Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.
Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi.
Kesimpulannya Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang
zaman.
MORAL & IKTIBAR
- Nabi Muhammad saw. adalah manusia terbaik pilihan Allah.
- Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal dan rohani.
- Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini.
- Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat dengan maksum.
- Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi ini. Barangsiapa mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi saw, nescaya Allah tidak menerima keimanannya.
Wallahuallam.
Isnin, 14 Mac 2011
Keistimewaan Dan Kelebihan Orang Yang Menyebarkan Ilmu
Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi – sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut – sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai”.
(Abu Umamah r.a)
Usaha mengajar dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan membawa kebajikan kepada masyarakat adalah amat tinggi nilainya di sisi Islam. Bagi sesiapa yang melakukannya akan dilimpahkan rahmat oleh Allah S.W.T. Begitu juga dengan para malaikat dan sekalian makhluk di langit dan di bumi, semuanya berdoa untuknya agar Allah memberikan balasan yang sebaik-baiknya.

Kelebihan Menuntut Ilmu
Rasulullah s.a.w bersabda : “Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan”. (Abu ad-Darda’ r.a)
Penuntut ilmu agama adalah bakal muballigh (penyampai maklumat) Islam, maka merekalah yang akan menyebarkan agama Allah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada rasul-Nya. Menuntut ilmu agama adalah tidak tertentu kepada satu-satu golongan sahaja melainkan ia adalah wajib dituntut oleh setiap orang Islam demi menjamin kehidupan yang sempurna di dunia dan akhirat. Kita selaku umat Islam dilarang memperlekehkan golongan alim ulama’ dan penuntut ilmu agama ini kerana Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa para malaikat sendiri seluruhnya memberikan penghormatan yang tinggi kepada mereka disebabkan kemuliaan ilmu yang dituntut itu.

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Ya Allah bukakanlah hati kami untuk menerima hidayah-MU, bentangkanlah kepada kami gedung ilmu, kurniakanlah kefahaman kami dengan rahmat-MU, kuatkanlah daya ingatan kami umpa para Rasul-MU, dan permudahkanlah segala urusan kami.
( Surah An-Nas)
Langgan:
Catatan (Atom)